Kerajaan negeri peruntuk RM500,000 bantu peniaga IKS

Kerajaan negeri peruntuk RM500,000 bantu peniaga IKS

MOHD. Shukri Ramli (kanan) bersama Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Muhammad Azmir Azizan membaca ruangan wawancara yang disiarkan Utusan Malaysia sempena 100 hari pemerintahan kerajaan PN di Kompleks DUN, Kangar, Perlis. – UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) di negeri ini disediakan RM500,000 dalam bentuk pinjaman mikro kredit menerusi peruntukan oleh Kerajaan Negeri Perlis, kata menteri besarnya Mohd Shukri Ramli.

Mohd Shukri berkata, bagi tujuan tersenut kerajaan negeri sedang dalam proses rundingan bersama Bank Muamalat bagi memberi pinjaman mikro kredit peniaga IKS di negeri ini.

Mohd. Shukri berkata, perkara itu masih di peringkat rundingan bersama bank terlibat dan kerajaan negeri bakal membuat pengumuman rasmi berhubung inisiatif pinjaman berkenaan selepas ini.

“Ini merupakan inisiatif yang bakal kita laksanakan dan kerajaan negeri akan memperuntukkan sejumlah RM500,000 bagi tujuan tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Mohd. Shukri berkata, bersempena pentadbiran kerajaan negeri bagi tempoh 100 hari, Perlis turut menerima manfaat apabila meraih nilai pelaburan berjumlah RM318 juta. Selain itu, kerajaan negeri mendapat kelulusan bagi pelaksanaan projek Perlis Inland Port (PIP) yang ketika ini sedang berjalan.

“Insya-Allah hujung tahun ini juga kita akan mulakan pelaksanaan Sanglang Intergrated Jetty dan penyambungan projek itu bagi saya merupakan satu kejayaan buat Perlis,” katanya.

Dalam pada itu Mohd. Shukri berkata, kerajaan negeri akan membina sebuah klinik ibu dan anak bersama Menteri Besar Incorporated (MBI) Terengganu.

Tambahnya, bagi tujuan itu kerajaan negeri akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pelaburan dalam bidang perubatan antara KMI Healthcare bersama MBI.

“Terkini, Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC) iaitu loji di Kuala Sungai Baru juga akan lupuskan hutang Syarikat Air Perlis (SAP) berjumlah RM30 juta.

“Bagi Perlis yang merupakan sebuah negeri kecil, ini merupakan satu kejayaan yang besar,” katanya. –utusan

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN