Kerajaan Kedah perlu buktikan kemampuan kewangan bangunkan KXP

Kerajaan Kedah perlu buktikan kemampuan kewangan bangunkan KXP

NOOR SABRINA MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri perlu memberi penekanan terhadap kemampuan kewangannya untuk pembangunan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) atau Aerotropolis Kedah bernilai RM7 bilion agar mendapatkan kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan.

Datuk Noor Sabrina Mohd. Noor (Barisan NasionalBandar Baharu) berkata, perkara itu penting sebagai usaha membuktikan kemampuan kerajaan negeri dalam merealisasikan hasrat tersebut.

“Kerajaan negeri membentangkan cadangan itu kepada beberapa Perdana Menteri dan Menteri (Pengangkutan)  sebelum ini, tetapi ‘permainan’ (Kerajaan Pusat) berubah sejak itu.

“Walaupun kajian kebolehlaksanaan projek terbukti dengan baik, adalah penting bagi negeri ini untuk membuktikan kemampuan kewangan projek dan kaitannya dengan NASP (Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul titah perasmian Sultan Kedah sempena Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah ke-14 di Wisma Darul Aman di sini.

Sabrina berkata, walaupun pembangkang Kedah menyokong projek berkenaan namun kerajaan negeri juga harus mempromosikan Kedah Aerotropolis sebagai projek pemangkin pembangunan ekonomi bagi Kedah dan wilayah utara.

“Kita sepatutnya fokus mempromosikan Kedah Aerotropolis dan bukannya fokus kepada KXP. Mungkin, jika pihak ini (pembangkang) duduk di pihak itu (kerajaan negeri), lebih cepat mendapat kelulusan untuk projek berkenaan,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri juga perlu menjaga keharmonian hubungan dengan Kerajaan Persekutuan untuk melancarkan pembangunan projek berkenaan termasuk rancangan pembesaran Kulim Hi-Tech Park (KHTP).

“Setakat ini, perluasan KHTP Fasa 4 dan Fasa 5 sepatutnya sudah siap tetapi difahamkan ia tergelincir akibat proses pengambilan tanah. Bagaimana kita hendak tawarkan tanah kepada pelabur sedangkan kita masih berhadapan masalah pengambilan tanah untuk pembesaran” soalnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya