Keluarga benar Hafidz kahwin lain tanpa izin saya - Nurul Shuhada

Keluarga benarkan Hafidz kahwin lain tanpa izin saya – Nurul Shuhada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hati wanita mana yang tidak remuk apabila ahli keluarga sendiri memberikan kebenaran buat anak lelakinya berkahwin lain tanpa pengetahuan isteri pertama.

Catatan baharu itu dikongsikan oleh Nurul Shuhada Mat Shukri mengenai nasib dirinya yang diperlakukan sedemikian rupa oleh suaminya, Hafidz Roshdi menerusi kenyataan balas terbuka dalam Instagram, hari ini.

Nurul Shuhada berkata, ujian yang menimpa dirinya sangat berat untuk dipikul dan bukan mudah untuk ibu dua anak itu menggalasnya seorang diri.

“Bukan mudah berada dalam situasi ini. Bukan semua juga dapat menghadapinya. Saya tidak boleh lagi berdiam. Saya terasa dikhianati, semuanya berlaku tanpa pengetahuan saya, tetapi dengan pengetahuan keluarga Hafidz iaitu membenarkan dirinya berkahwin tanpa izin saya.

“Saya terasa seorang diri dan hadirnya pihak lain yang menjadi orang ketiga dalam kehidupan kami. Kebiasaannya pada peringkat awal, saya sebagai wanita menjadi marah, geram, keliru memikirkan pelbagai hal. Saya kecewa. Saya sedih,” luahnya.

Ujian yang menimpa membuatkan Nurul Shuhada merenung nasib dirinya sama ada mampu meneruskan kehidupan sebagai suri rumah dan bangkit membela anak-anaknya.

Dalam usaha menyelesaikan pergolakan rumah tangga, katanya, ruang dan peluang untuk berbincang sudah diberikan tetapi dibalas dengan kekasaran dan sebuah pengkhianatan.

“Saya dikasari dan dikhianati sehingga berbekas di hati dan secara fizikal. Hanya kerana saya seorang wanita, mudahnya untuk disakiti hati dan fizikal ini.

“Apa sahaja versi Hafidz tidak dapat memadamkan bekas yang telah dia tinggalkan dalam kehidupan saya. Jadi kalau berlaku pada kalian, bagaimana agaknya reaksi kalian?” soalnya.

Terdahulu, Hafidz menuntut isterinya membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam kerana didakwa membuka aib dan memfitnah keluarga mentuanya menerusi surat terbuka.

Pelakon berusia 29 tahun itu juga akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, 13 Mac ini, berhubung kesalahan menumbuk isterinya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Sungai Buloh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya