Kawal harga, beri subsidi makanan ikan

Kerajaan perlu kawal harga, beri subsidi makanan ikan elak penternak ‘bungkus awal’

AZMAN Zainuddin memberikan makanan kepada ikan sangkar yang diternak di Kampung Jerantut Feri di Jerantut, Pahang. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

JERANTUT: Kerajaan diminta me­ngawal harga atau memberikan subsidi pada kadar RM20 satu beg makanan ikan yang disifatkan terlalu mahal daripada RM60 sebelum ini, naik kepada RM84 satu beg 20 kilogram ketika ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengusaha dan peruncit ikan sangkar Kampung Jerantut Feri, Azman Zainuddin, 52, berkata, nasib pengusaha ikan sangkar di situ kini ibarat telur di hujung tanduk kerana tidak mampu lagi membeli makanan diperlukan membabitkan 100 beg satu sangkar.

Akibatnya Azman berkata, seramai 29 daripada 37 pengusaha ikan sangkar di kampung itu tidak lagi aktif dan sudah pun mengangkat sangkar mereka ke atas sekali gus hilang punca pendapatan.

Baru-baru ini, Utusan Malaysia melaporkan bekalan ikan patin sangkar berkurangan hampir 80 peratus dan berdepan krisis yang begitu kritikal ketika ini sehingga boleh menyebabkan harganya mahal sehingga mencecah RM30 sekilogram terutama pada bulan Ramadan ini.

Ketika ini pun, harga patin sangkar sudah mencecah antara RM22 ke RM24 sekilogram berbanding RM18 ke RM20 sebelum ini.

Tiga faktor utama mempengaruhi kekurangan bekalan sumber protein tersebut iaitu harga makanan ikan mahal, kekurangan benih dan kadar kematian tinggi sehingga lebih 70 peratus setiap satu sangkar.

Sementara itu, penternak ikan patin, MZ Agriculture di Kampung Pangsenam di Temerloh dekat sini, Mohd. Zahran Ishak berkata, bekalan ikan pa­tin sangkar di daerah itu terutama di kampung tersebut ketika ini boleh dikatakan sudah tiada.

“Bukan kurang, tapi sudah iada ikan patin. Banyak kedai-kedai sudah tutup perniagaan kerana tiada ikan. Bulan Ramadan ini memang tiada ikan patin sangkar di kampung ini.

“Isu utama sebab tiada benih yang sudah berlarutan lebih setahun. Buat tempahan 20,000 ekor, yang sampai hanya 2,000 ekor. Itu pun tidak semua yang hidup, hanya 10 peratus.

“Selain faktor benih, isu di daerah ini membabitkan kualiti air yang menyebabkan ikan banyak mati. Tidak tahu apa puncanya,” katanya.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN