JPV rampas barangan kes lebih RM500,000  

JPV rampas barangan kes lebih RM500,00 berkaitan haiwan ternakan 

DR. Anun Man melawat kandang lembu dalam Program CSR Ternakan Padang Ragut Rakyat JPV di Kampung Durian Kasim, Ajil, Hulu Terengganu, hari ini. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu merampas barangan kes bernilai lebih RM500,000 membabitkan pelbagai kesalahan berkaitan haiwan ternakan sepanjang tahun lalu.

Pengarah JPV negeri, Dr. Anun Man berkata, jumlah rampasan itu melibatkan 16 kes kesalahan pemindahan ternakan, enam kes kawalan penyembelihan dan empat kes membabitkan kebajikan haiwan. 

“Nilai keseluruhan barang kes yang dirampas bernilai RM552,210. Barangan dirampas termasuk haiwan ternakan, daging lembu serta pelbagai jenis kenderaan seperti treler, lori dan motosikal. 

“Bagi haiwan ternakan, sebanyak 162 ekor kambing bernilai RM63,540, lembu 94 ekor berjumlah RM173,670 dan kerbau bernilai RM2,000 dirampas. Turut dirampas ialah daging lembu seberat 518 kilogram (kg) bernilai RM17,890.

“Selain itu, rampasan itu turut membabitkan kenderaan seperti sebuah treler yang bernilai RM95,000, 10 buah lori bernilai RM200,000, masing-masing sebuah pacuan empat roda (RM10,000)  motosikal (RM3,000) dan kereta bernilai (RM15,000),” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ternakan Padang Ragut Rakyat JPV, di Kampung Durian Kassim, Ajil di sini, hari ini.

Dr. Anun berkata, pihaknya berharap penternak atau setiap individu dapat mematuhi peraturan telah ditetapkan dalam proses mendapatkan permit pergerakan pindah ternakan sama ada dari daerah ke daerah mahupun negeri ke negeri.

Katanya lagi, ternakan tidak berdaftar dengan jabatan juga tidak akan diberi permit perpindahan kerana melalui pengeluaran permit pihaknya dapat mengawal dan mengetahui punca sekiranya mana-mana ternakan itu mempunyai penyakit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya