Jangan 'kita' kejam, zalimi sesiapa - Peja

Jangan ‘kita’ kejam, zalimi sesiapa – Peja

AHMAD Faizal Azumu ketika ditemui media bagi menjelaskan objektif program solat hajat yang diadakan di Pusat Tarbiyah Pas Pusat, Taman Melewar, hari ini. UTUSAN/ ARIF AIMAN ASROL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Jangan kita kejam dengan orang, jangan menzalimi sesiapa. Sebab itu kita buat solat hajat, semua orang patut buat”.

Demikian penjelasan daripada Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika di soal mengenai objektif program solat hajat yang diadakan di Pusat Tarbiyah Pas Pusat, Taman Melewar, di sini.

Bagi menjawab soalan berkenaan siapakah atau pihak mana yang berkelakuan ‘kejam’ Ahmad Faizal atau dikenali sebagai ‘Peja’ itu enggan menyebut nama.

“Awak agak? Saya ingat awak tahu,” katanya ketika ditemui pemberita.

Perkara ini dipercayai merujuk kepada susulan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk diambil keterangan sejak pagi tadi.

Melalui laporan Utusan Malaysia, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki akan didakwa di mahkamah esok.

Kenyataan Azam itu sekali gus mengesahkan spekulasi bahawa Muhyiddin akan didakwa berhubung kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Ahmad Faizal turut mengingatkan bahawa seseorang pemimpin perlu menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberi dengan sehabis baik tanpa menganiaya pihak lain.

“Solat hajat ni kita nak doakan kebaikan untuk negara dan pemimpin-pemimpin kita. Kalau dah jadi pemimpin ‘besar’ yang ada tanggungjawab ‘besar’ untuk mentadbir negara.

“Tadbir negara dengan baik-baik, sebab itu amanah daripada rakyat dan Allah. Bila kita ada tanggung jawab tu, kita buat elok-elok,” katanya. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya