Jangan cuba promosi gaya hidup songsang - Mohd. Na'im

Jangan cuba promosi gaya hidup songsang – Mohd. Na’im

TANGKAP layar video tular dipercayai satu perarakan kumpulan seks songsang yang didakwa berlaku di Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaaan tidak akan menerima apa-apa usaha untuk mempromosi dan menormalisasikan gaya hidup songsang yang bercanggah dengan nilai Islam dan fitrah insan di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, beliau menerima laporan serta maklum balas masyarakat berkaitan perhimpunan dan perarakan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang berlaku baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk bekerjasama dengan polis bagi menjalankan siasatan ke atas perhimpunan dan perarakan itu.

“Jawi tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam serta undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

“Kami ingin menasihatkan semua pihak agar akur dan menghormati kedudukan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Sebelum ini, satu video tular dipercayai satu perarakan kumpulan seks songsang yang didakwa berlaku di Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya dilaporkan berkata, polis akan memanggil pihak yang menyertai perhimpunan dan perarakan itu bagi membantu siasatan kerana tidak mematuhi peruntukan undang-undang.

Noor Dellhan berkata, satu kertas siasatan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dibuka bagi menyiasat perarakan itu.

Difahamkan, kira-kira 150 orang terdiri daripada aktivis hak asasi (NGO), mahasiswa dan ahli parti politik menyertai perhimpunan terbabit.

Ketika berarak, mereka dikesan memegang plakad di antaranya “Imagine If Men Are As Disgusted With Rape As With Periods, Child Not Pride,Trans Women Are Woman, Police Your Behaviour Not My Body” dan lain-lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.