Jakim teliti kaedah terbaik proses sijil halal

Jakim teliti kaedah terbaik proses sijil halal

PASARAN halal dijangka melonjak. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyambut baik hasrat dan saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya proses pensijilan halal Malaysia ditambah baik.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, pihaknya sentiasa komited dan bersedia meneliti kaedah terbaik yang bersesuaian bagi memastikan proses pensijilan halal Malaysia menjadi lebih efisyen dan efektif.

Beliau berkata, pihaknya juga perlu memastikan persijilan itu dapat memenuhi kehendak pasaran tempatan dan antarabangsa tanpa mengabaikan aspek pematuhan hukum dan standard yang ditetapkan.

“Jakim adalah pihak berkuasa berwibawa di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (APD2011) dan mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

“Malah, Jakim juga berada di bawah penyelarasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, kerajaan mahu pengeluaran persijilan halal ditambah baik selain proses kelulusannya dipercepat.

Menurutnya, perkara itu dapat dilakukan menerusi Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) dan acuan baharu itu perlu dilaksanakan tanpa berkompromi tentang kualiti dan piawaian pengeluaran sijil halal.

HIMP juga diharap dapat mengatasi isu birokrasi yang melewatkan proses berkenaan tanpa menafikan peranan yang Jakim dan dan kuasa-kuasa kerajaan negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.