Jaafar Onn stabil, jalani proses pemulihan di rumah - Utusan Malaysia

Jaafar Onn stabil, jalani proses pemulihan di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keadaan pelakon, Jaafar Onn yang sebelum ini dikejarkan di hospital selepas mengalami gangguan pernafasan akibat masalah paru-paru berair, kini stabil.

Jaafar yang dihubungi Utusan tengahari tadi memaklumkan dia sudah dibenarkan pulang dan menjalani proses pemulihan di rumah.

“Saya dibenarkan pulang ke rumah pada 24 Mac lalu dan kini hanya mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan doktor.

“Disebabkan masalah itu juga saya perlu mengurangkan pengambilan air, minum secara berkala bagi mengawal kandungan air dalam badan.

“Saya bersyukur kerana ramai yang ambil berat, lebih-lebih lagi peminat yang mendoakan. Ingin saya maklumkan bahawa keadaan saya stabil, hanya perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan susulan,” katanya.

Jaafar pada 22 Mac lepas dikejarkan ke hospital akibat gangguan pernafasan yang berlaku kerana masalah paru-paru berair.

Menurut beliau, masalah tersebut berlaku disebabkan pengambilan air berlebihan sehingga mengakibatkan lebihan air dalam badan yang menjejaskan organ lain termasuk paru-paru, buah pinggang dan jantungnya.

“Saya dirawat dengan ubat-ubatan selain diarahkan untuk mengurangkan pengambilan air terhad kepada 1 liter sehari.

“Buat masa ini saya perlu mengambil ubat sehingga 17 April depan sebelum membuat pemeriksaan susulan dengan doktor,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya