Rakyat tidak akan gelar Muhyiddin ‘Abah, jika dia zalim - Rina Harun - Utusan Malaysia

Rakyat tidak akan gelar Muhyiddin ‘Abah, jika dia zalim – Rina Harun

RINA MOHD HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Ketua Srikandi Parti PribumiULKIFL Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Rina Mohd Harun, mengingatkan semua ahli parti dan rakyat agar mengenang jasa baik Tan Sri Muhyiddin Yassin sepanjang tempoh beliau memegang tampuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri sebelum ini.

Menurut Rina, beliau juga percaya bahawa ada sebab Muhyiddin digelar sebagai ‘abah’ oleh rakyat dan ia tidak akan terjadi sekiranya Muhyiddin ternyata merupakan seorang pemimpin yang dianggap zalim.

“Ketika rakyat sedang berdepan dengan kemelut pandemik Covid-19, siapa yang bantu? Siapa yang memahami masalah rakyat? Inilah Muhyiddin Yassin.

“Gelaran ‘Abah’ itu bukan parti yang berikan, sebaliknya rakyat sendiri yang memberikan penghormatan itu. Tidak mungkin beliau digelar abah jika dirinya seorang yang zalim, hanya tahu berkata-kata, hanya pandai mencipta formula atau pandai bercakap sahaja tanpa pelaksanaan.

“Tidak kira siapa beliau bantu, inilah abah yang kita ada dan bersama-sama kita sewaktu semua rakyat sedang susah. Bukan hanya kepada parti Bersatu tetapi kepada rakyat Malaysia,”katanya.

Rina berkata demikian semasa menghadiri Persidangan Agung Tahunan Srikandi Bersatu Malaysia 2022 yang diadakan di Menara PGRM, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee; Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun dan Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin.

Selain itu, tambah Rina, Srikandi juga yakin kemenangan akan berpihak kepada Presiden Bersatu tersebut berhubung enam pertuduhan membabitkan empat salah guna kuasa dan dua kesalahan pengubahan wang haram yang dilemparkan kepadanya.

Rina berkata, Srikandi meletakkan kepercayaan bahawa keadilan akan terserlah selain meminta semua pihak untuk terus memberi sokongan moral kepada Muhyiddin.

“Saya bayangkan inilah yang disifatkan sebagai penindasan politik dan penganiayaan kepada Abah, sekali gus kepada parti Bersatu yang dituduh. Beliau dituduh melakukan suatu penyalahgunaan kuasa dalam perkara yang dia sendiri pun sebenarnya tiada kuasa.

“Pengecualian cukai yang diberikan, bukan dia yang berikan tetapi kelulusan itu diberikan oleh menteri kewangan ketika itu.

“Di zaman beliau jadi Perdana Menteri, Muhyiddin tidak memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan, kedua-duanya berbeza dan keadaan itu tidak seperti sekarang.

“Saya harap ada akta yang dapat diusulkan segera untuk tentukan undang-undang berkaitan dana politik supaya tidak ramai lagi yang jadi mangsa kepada kelaziman ini,”katanya. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya