Guna baja organik, bukan kimia - Utusan Malaysia

Guna baja organik, bukan kimia

Baja organik kima
MOHAMAD Sabu (tengah) melihat benih padi di kilang pemprosesan benih padi Dataran Pusaka, Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dilapor mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan hasil padi negara termasuk saranan menggunakan baja organik berbanding kimia.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kebanyakan pesawah menggunakan baja kimia menyebabkan hasil tuaian makanan ruji itu di negara ini merosot kerana kandungan yang terdapat di dalamnya merosakkan tanaman padi.

“Baja organik ini bagus kerana ia dapat memulihkan tanah dengan cepat. Mengenai isu racun serangga yang didakwa menghakis tanah, kita akan menggantikan racun tersebut dengan racun lain.

“MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia), FGV (FGV Holdings Berhad) sedang membuat penyelidikan mengenai hal racun ini,” katanya selepas melawat sawah padi di Sekinchan, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, negara bakal berdepan kemerosotan hasil padi dalam tempoh beberapa tahun akan datang serta berisiko kehilangannya sehingga 150,000 tan metrik setahun disebabkan masalah dihadapi majoriti pesawah di Kedah dan Perlis ketika ini.

Sementara Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) memaklumkan pada hasil padi pada tahun lalu berjumlah 852,477 tan berbanding 843,947 tan pada tahun 2021.

Dalam pada itu,  Mohamad turut menyarankan , pesawah di negeri lain mencontohi Selangor yang berjaya menguruskan sawah mereka dengan baik, sekaligus meningkatkan jumlah pengeluaran hasil padi mereka.

“Ketika ini, purata pengeluaran hasil padi pesawah di sini di lebih enam metrik bagi kawasan sawah seluas satu hektar untuk satu musim.

“Antara faktor yang membuatkan hasil padi di sini meningkat adalah pelaksaan program SMART Sawah Padi Berskala Besar (SMART SBB) di kawasan di sekitar kawasan Kuala Selangor dan Sabak Bernam,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.