Gaji penjawat awam boleh ditambah jika ekonomi bertambah baik - Utusan Malaysia

Gaji penjawat awam boleh ditambah jika ekonomi bertambah baik

ANWAR Ibrahim (tengah) beramah mesra dengan anggota Unit Udara JBPM pada perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Tambun di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Gaji penjawat awam termasuk anggota pasukan bomba boleh ditambah jika ekonomi negara bertambah baik, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ekonomi negara ketika ini ‘agak berat sedikit’ kerana hutang negara yang mencecah hampir RM1.5 trilion.

Menurutnya, ketika ini negara mengalami defisit, bermakna perbelanjaan kerajaan lebih daripada pendapatan dan defisit ini perlu dikurangkan.

“Gaji penjawat awam ini umumnya boleh ditambahlah sepatutnya, termasuk anggota bomba tetapi biarlah negaranya aman, biar kita dapat pacu pertumbuhan ekonomi dengan baik (dahulu), biar kita kurangkan beban,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat Tambun di sini hari ini.

Sementara itu, Anwar berkata, kerajaan tidak akan berkira dalam menambah peruntukkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi memastikan perkhidmatan mereka ditambah baik.

“Kalau kita tanya cukupkah peruntukkan untuk bomba? Saya kata takkan cukup tapi seiring dengan pemulihan ekonomi, kita akan sentiasa tambah peruntukkan kepada kementerian yang terlibat.

“Ini kerana peranan pasukan ini bukan sahaja menyelamatkan nyawa dan harta benda tetapi juga mengurangkan kerugian yang ditanggung negara.

“Kepantasan dan kecekapan anggota bomba memadam kebakaran berjaya meminimumkan kerosakan harta benda sekaligus membantu memacu pembangunan negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya