PN tidak cukup kuat bertanding 56 kerusi PRN Johor

PN tidak cukup kuat bertanding 56 kerusi PRN Johor

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Realiti di lapa­ngan dan mengambil kira kemampuan dan kekuatan sebenar parti merupakan faktor utama Perikatan Nasional (PN) khususnya Pas tidak meletakkan calon di kesemua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia merupakan pendekatan strategik apabila melihat kekuatan parti dan kemampuan jentera di setiap kawasan dan bukannya kerana dakwaan terdapatnya perbincangan untuk memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN).

Katanya, Pas khususnya hanya memberikan fokus terhadap kawasan yang mempunyai potensi kemenangan lebih tinggi buat parti itu.

“Sebagaimana kenyataan Pre­siden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, kami mahu Johor ditadbir oleh orang Melayu, Islam, bukan daripada Pakatan Harapan (PH).

“Selain ia merupakan kubu UMNO, PRN ini juga menjadi medan untuk menilai sokongan terhadap semua parti politik di Malaysia serta mengukur kecenderungan rakyat khususnya golongan muda.

“Ramai yang kecewa kenapa PN tidak meletakkan calon di semua DUN namun bagi Pas kita melihat kepada kekuatan parti dan jentera,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, media melaporkan Pas menggesa penyokong PN mengundi calon BN di kerusi yang tidak ditandingi gabungan itu pada PRN Johor bagi menghalang kemenangan PH.

Tuan Ibrahim pada masa sama berkata, keputusan PRN tersebut juga akan menjadi petunjuk penting terhadap kekuatan PN dalam menentukan hala tuju politik di Johor.

“Andainya PN mendapat so­kongan dan memenangi kerusi yang ditandingi, ia menjadi kayu ukur kekuatan PN dan penentu kerajaan masa depan di Johor.

“Ia juga satu isyarat jelas kepada BN bahawa gabungan bersama Pakatan Harapan (PH) adalah satu kesilapan politik UMNO,” katanya.

Sementara itu, ditanya ada­kah Pas akan memberikan sokongan kepada BN jika parti itu tidak cukup kerusi membentuk kerajaan negeri, Tuan Ibrahim berkata, perkara itu hanya akan diputuskan selepas keputusan rasmi diumumkan.

“Perkara ini akan diputus selepas keluar keputusan. Andaian akan mewujudkan pelbagai persepsi nanti,” katanya 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×