Fasha Sandha tak kisah ejen insurans guna gambar

Fasha Sandha tak kisah ejen insurans guna gambar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas insiden kecederaan bahagian mata kiri Fasha Sandha di lokasi penggambaran awal bulan ini, segelintir ejen insurans dikatakan menggunakan gambar pelakon itu bagi tujuan mempromosikan produk insurans kepada orang ramai.

Tidak melihat situasi tersebut sebagai mengambil kesempatan, Fasha berkata, dia tidak kisah asalkan perkongsian tersebut bertujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat.

“Tidak jadi masalah pun asalkan jangan guna gambar saya dan cakap mewakili duta syarikat tertentu.

“Ramai tahu ejen insurans hanya menggunakan kata-kata saya yang dimuat naik dalam Instagram selepas insiden tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, Fasha berkata, dia pernah terdetik untuk menghentikan caruman insurans perubatan yang dibayar sejak 20 tahun lalu kerana tidak pernah menggunakan manfaat yang disediakan.

“Pernah terlintas di hati sebab sudah 20 tahun carum insurans tetapi tak pernah guna. Sedangkan, setiap bulan saya bayar.

“Tiba-tiba, itulah kali pertama insiden saya masuk hospital selain melahirkan anak dan kali pertama guna sebab kecederaan yang menimpa diri,” kongsinya.

Awal bulan ini, Fasha dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas mata dan kepalanya terhentak di bucu katil semasa menjalani penggambaran tersebut bersama pelakon, Azhan Rani.

Akibat hentakan itu, tulang mata bahagian kiri dramatis itu patah dan bebola mata kirinya berdarah serta bengkak sebelum dikejarkan ke sebuah hospital pakar di Johor Bahru.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya