6 tahun Pusat Tahfiz Ittifaqiyah operasi tanpa bantuan

Enam tahun Pusat Tahfiz Ittifaqiyah operasi tanpa bantuan, akaun dibeku

MOHD. Zahid Mahmood (dua dari kiri) menemani Ismail Sabri Yaakob beramah mesra dengan pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur, hari ini. - FOTO/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Enam tahun tanpa sebarang bantuan kewangan daripada pihak berwajib bukan satu tempoh yang mudah buat Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini beroperasi selepas insiden kebakaran pada September 2017 lalu.

Memburukkan lagi keadaan apabila akaun pusat tahfiz itu masih lagi dibekukan sehingga ke hari ini selepas ibu bapa bertindak untuk menyaman sekolah kerana kes itu masih berjalan.

Bagaimanapun, Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd. Zahid Mahmood berkata, meskipun akaun dibekukan dan sumbangan ditangguhkan tetapi mereka tidak mempunyai masalah untuk terus beroperasi.

Katanya, ini kerana Allah sentiasa menghantar insan serta individu perseorangan untuk membantu.

“Alhamdulillah kita boleh bangun beroperasi seperti biasa. Kami kembali pulih dan bersemangat untuk beroperasi seperti biasa.

“Selain akaun dibekukan, kalau dulu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bantu kami, tetapi apabila kes 2018 (sekolah) disaman dan MAIWP disaman juga, jadi bantuan ditangguhkan dahulu sejak 2018 sehingga hari ini,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan kira-kira 100 pek makanan daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersempena program Kongsi Rezeki Ramadan.

Jelas Mohd. Zahid, pusat tahfiz itu memerlukan kira-kira RM25,000 hingga RM30,000 untuk kegunaan kos penyelenggaran dan makan minum 30 pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

“Kita bukan saja buat rayuan, tetapi kita berjumpa terus dengan pihak berwajib cuma oleh kerana bukan rezeki kami, maka belum ada bantuan lagi.

“Tetapi tidak ada masalah walaupun tempat kita tidak ada yuran pengajian dan tanpa dana pihak berwajib, Alhamdulillah sekolah boleh beroperasi.

“Sebab kalau Allah kata bagi, maka bagi kerana pengharapan kita bukan sesiapa…terus pada Allah,” katanya.

Sementara itu, beliau menambah, pusat tahfiz itu tetap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai untuk menghantar anak-anak mereka biarpun berlaku tragedi buruk sebelum ini.

Katanya, kebanyakan permohonan diterima mencecah 200 orang, tetapi terpaksa ditapis kerana kuota yang ditetapkan hanya 50 pelajar.

“Kita bukan tak mahu buka iklan, tetapi tidak berani 

“Apabila tidak ada tajaan, kita pun takut ada apa-apa berlaku masa hadapan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya