Enam PRN bakal dimenangi PN - Muhyiddin

Enam PRN bakal dimenangi PN – Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin bercakap pada sidang akhbar selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kes pendakwaan ke atas dirinya tidak akan melemahkan Perikatan Nasional (PN) tetapi sebaliknya menguatkan kebarangkalian gabungan parti tersebut meraih kemenangan di enam Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini.

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN itu menyifatkan pendakwaan ke atas dirinya adalah disebabkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) takut kerana gelombang orang muda berpihak kepada partinya.

Menurut beliau, melalui Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) membuktikan perkara tersebut dan oleh demikian pihak lawan hanya mempunyai satu cara sahaja untuk menjatuhkan PN iaitu pendakwaan terpilih.

“Membuat tuduhan-tuduhan palsu yang tidak berasas kerana mereka (kerajaan) tahu kalau ini tidak dilakukan ke atas kita (PN), mereka pasti akan berhadapan dengan satu ancaman besar dan tidak mungkin dapat pertahankan negeri-negeri yang berada di bawah PH.

“Ini kerana semua enam buah negeri, insha-Allah akan kita menangi dalam PRN akan datang. Ini merupakan strategi mereka untuk menjatuhkan dan mengurangkan sokongan orang Melayu dan bukan Melayu kepada PN,” katanya ketika berucap selepas majlis solat hajat yang diadakan oleh parti tersebut untuk keselamatan negara dan solidariti menentang kezaliman.

Turut hadir adalah Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung Bersatu,, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr. Radzi Jidin dan Datuk Dr. Radzi Jidin; Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Selain itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Ketua Angkatan Anak Muda Bersatu (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Naib Presiden Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee turut hadir memberi sokongan kepada Muhyiddin.

Malah, antara pemimpin Pas yang kelihatan hadir adalah Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Naib Presidennya, Datuk Idris Ahmad dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Yahaya.

Terdahulu, Muhyiddin mendedahkan bakal berdepan tujuh pertuduhan mahkamah bermula esok sejurus beliau keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sebentar tadi.

HABIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya