Dua Menteri, tiga Timbalan Menteri bakal MT UMNO

Dua menteri, tiga timbalan menteri duduki MT UMNO

umno
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri merupakan antara 25 calon yang dijangka menang perebutan jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung semalam.

Setakat pukul 8.30 pagi, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah menduduki tempat pertama keputusan rasmi ahli MT dengan meraih 134 undi dan diikuti Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir (131 undi).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berada di tangga ketiga dengan 130 undi dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan pada kedudukan keempat (124 undi).

Seorang lagi Timbalan Menteri iaitu Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berada di tangga ke-14 dengan 86 undi.

Berikut pula adalah kedudukan 25 teratas bagi Ahli MT (setakat 8.30 pagi):

1- Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah

2- Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

3- Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

4- Datuk Seri Ahmad Maslan

5- Datuk Seri Bung Mokhtar Radin

6- Datuk Seri Azeez Abdul Rahim

7- Datuk Ahmad Jazlan Yaakob

8- Datuk Azian Osman

9- Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin

10- Datuk Dr Ir Shaik Hussein Mydin

11- Datuk Mohd Razlan Rafii

12- Datuk Seri Dr Md Alwi Che Ahmad

13- Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin

14- Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad

15- Datuk Zahida Zarik Khan

16- Datuk Johan Abd Aziz

17- Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

18-Datuk Seri Dr Ahmad Said

19- Datuk Seri Jamil Khir Baharom

20- Isham Jalil

21- Datuk Abdul Razak Abdul Rahman

22- Datuk Seri Jalaludin Alias

23- Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan

24- Datuk Lokman Adam

25- Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya