Dua lelaki ditahan edar air ketum

Dua lelaki ditahan edar air ketum

MOHAMAD FAROUK ESHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam pengedaran air ketum dalam dua penahanan berasingan di Pandan Jaya dan Ampang dekat sini, semalam.

Menerusi operasi itu, sebanyak 111 botol berisi cecair disyaki air ketum turut dirampas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tangkapan pertama dibuat terhadap seorang penghantar makanan bermotosikal dalam keadaan mencurigakan di Pandan Indah, pada pukul 5 petang.

Katanya, pemeriksaan ke atasnya menemui 11 botol berisi cecair perang disyaki air ketum dalam beg penghantar makanan dengan jumlah keseluruhan rampasan 8.25 liter air ketum.

“Hasil soal siasat membawa kepada penahanan suspek kedua di sebuah rumah di Ampang dan merampas dua botol berisi 1.5 liter cecair disyaki air ketum.

“Selepas soal siasat lanjut, polis kemudian dibawa ke sebuah rumah di Ampang dan dan menemui 111 botol disyaki berisi air ketum disimpan dalam tong menyimpan ais,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Farouk berkata, keseluruhan rampasan air ketum dianggarkan 83.25 liter dengan nilai rampasan kira-kira RM1,200.

Katanya, semakan mendapati kedua-dua suspek berusia 25 dan 35 tahun tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan keputusan ujian saringan air kencing didapati negatif.

Beliau berkata, pihaknya percaya, seorang suspek menyamar sebagai pekerja penghantaran makanan ketika menghantar pesanan air ketum kepada pelanggan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Kedua-dua suspek direman empat hari bermula hari ini hingga 23 Mac ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya sekali,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya