Disangka 'pak belang', rupa-rupanya 'harimau kumbang'

Disangka ‘pak belang’, rupa-rupanya ‘harimau kumbang’

ANGGOTA Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan mengangkat seekor harimau kumbang yang terperangkap dalam jerat yang dipasang di Kampung Sri Repah, Tampin, pagi semalam. - FOTO/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Binatang buas yang disangka harimau belang di Kampung Sri Repah di sini sejak seminggu lalu yang turut membaham ternakan penduduk rupa-rupanya harimau kumbang.

Penternak kambing, Idris Isa, 57, berkata, dia lega apabila harimau kumbang yang membaham dua ekor biri-biri miliknya kelmarin masuk dalam jerat yang dipasang pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhi­litan) Negeri Sembilan.

Menurutnya, pihak Perhilitan telah memasang jerat tersebut semalam dan dia telah meletakkan umpan iaitu seekor anak kambing miliknya di dalam jerat tersebut pada pukul 6.30 petang.

“Saya tidak tahu bila harimau ni masuk jerat. Saya mahu melepaskan anak kambing ini semula pagi tadi namun terkejut apabila sebaik menghampiri jerat dan terdengar bunyi ngauman harimau.

“Saya terus menghu­bungi pihak Perhilitan un­tuk memaklumkan per­kara ini. Anak kambing di dalam jerat ini sudah mula bising sejak malam tadi dan mungkin harimau kumbang tersebut masuk ke dalamnya pada waktu itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Sri Repah, di sini semalam.

Idris berkata, sebaik sahaja dia mendengar bunyi ngauman harimau itu dia kemudian berpatah balik dan tidak berani untuk mendekati jerat itu semula yang terletak sekitar 100 meter dari rumahnya.

“Saya hanya dapat lihat dalam keadaan samar-samar sekitar pukul 7 pagi yang harimau itu berwarna hitam,” katanya lagi.

Sementara itu, kakitangan Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan dilihat mengangkat jerat berkenaan kira-kira pukul 11.13 pagi dan membawa harimau kumbang itu bagi rawatan dan tindakan selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN