Datuk Roy, bekas timbalan pendaftar mahkamah bebas dengan jaminan SPRM

Datuk Roy, bekas timbalan pendaftar mahkamah bebas dengan jaminan SPRM

DATUK Roy (dua kanan) bersama bekas timbalan pendaftar mahkamah dibebaskan dengan jaminan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang individu digelar ‘Datuk Roy’ yang direman bagi membantu siasatan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Turut dibebaskan dengan jaminan pihak berkuasa itu ialah seorang bekas timbalan pendaftar mahkamah yang direman bagi membantu siasatan bagi kes sama.

Perkara itu disahkan peguam Fahmi Abd. Moin, yang mewakili kedua-dua suspek itu.

Jumaat lalu, SPRM mendapat kebenaran menyambung reman Datuk Roy sehingga hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki terbabit dalam kes penipuan berkaitan Jana Wibawa.

Sehari berikutnya, bekas timbalan pendaftar mahkamah ditahan kerana disyaki bersubahat meminta wang suapan berjumlah kira-kira RM2 juta bagi membantu menyelesaikan kes siasatan SPRM terhadap seorang ahli perniagaan yang dituduh berkaitan projek berkenaan.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia dalam lingkungan 50-an dipercayai meminta suapan itu sebagai balasan antaranya untuk meminta pihak SPRM menukar keterangan tertuduh kepada saksi dan menukar pertuduhan rasuah kepada pertuduhan alternatif.

Kedua-dua penahanan itu disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya