Dana RM2 juta perkasa institusi tahfiz

Dana RM2 juta perkasa institusi tahfiz

AHMAD Zahid Hamidi melancarkan Pelan Tindakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0 pada Majlis Himpunan 23,000 Huffaz Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN SADDAM YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited mengangkat kedudukan al-Quran dari segenap segi termasuk pengukuhan dasar, pembangunan institusi dan pendekatan pelaksanaan yang komprehensif.

Justeru, tekad itu diterjemahkan melalui sumbangan kerajaan berjumlah RM2 juta kepada Yayasan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA Kebangsaan).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemerkasaan institusi tahfiz juga giat berjalan termasuk melalui sumbangan daripada badan-badan korporat dan dermawan seluruh negara.

“Kerajaan sangat-sangat mengharapkan  komuniti tahfiz dapat bergerak secara sistematik. Kerajaan akan menyumbangkan RM2 juta kepada Yayasan PINTA Kebangsaan.

“Hari ini kita juga menyaksikan pelancaran rasmi dua entiti yang signifikan, iaitu Yayasan PINTA dan Koperasi PINTA. Syabas dan tahniah diucapkan kepada PINTA kebangsaan atas kejayaan menubuhkan dua organisasi penting ini.

“Saya sangat mengharapkan agar Yayasan PINTA mampu digerakkan sebagai sebuah organisasi strategik bagi memantapkan sistem pendidikan ahli PINTA dan mempertingkat soal kebajikan mereka,” katanya semasa berucap sempena Majlis Himpunan 23,000 Huffaz Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Akta
AHMAD ZAHID HAMIDI

Beliau berkata, Koperasi PINTA akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi mencari kaedah terbaik untuk membantu urus tadbir koperasi berkenaan.

“Baru-baru ini, satu Jawatankuasa Projek Khas Huffaz Profesional ditubuhkan melibatkan Kementerian Pendidikan (KPM), Mara, UniKL, Kemas dan Yayasan Terengganu. Jawatankuasa ini diurusetiakan dan dianggotai sama oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan PINTA.

“Jawatankuasa ini telah berjaya membangunkan tujuh modul yang signifikan bagi merealisasikan agenda melahirkan generasi huffaz profesional,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, bagi tujuan penyelarasan dan peningkatan tadbir urus pengurusan institusi tahfiz, melalui Pelan Tindakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) telah membangunkan Garis Panduan Pengurusan Institusi Tahfiz pada 2002.

“(Ini adalah) hasil perbincangan bersama dengan Pihak Berkuasa Agama Negeri, Persatuan Tahfiz dan agensi kerajaan berkaita.

“Garis panduan ini dibangunkan dengan sasaran mencapai tujuan membantu pengurus tahfiz meningkatkan kemahiran tadbir urus dengan lebih teratur dan sistematik, memastikan pengurusan kurikkulum dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) seterusnya membentuk halatuju pendidikan tahfiz yang jelas,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya