Dakwah, perniagaan jalan seiring - Utusan Malaysia

Dakwah, perniagaan jalan seiring

AHMAD DUSUKI ABDUL RANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani memaklumkan aktiviti ekonomi yang diusahakan termasuk perniagaan restoran dan jualan buku berjalan lancar pada bulan Ramadan.

Katanya, meskipun sibuk mengendalikan kuliah di masjid dan surau, masanya juga banyak dimanfaatkan dengan aktiviti perniagaan yang dijalankan sejak sekian lama.

“Operasi restoran Dapur Tokku di Seksyen U12 Shah Alam dibuka untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan.

“Di samping itu, pada bulan Ramadan, aktiviti banyak terisi dengan penganjuran kuliah-kuliah agama selain jualan buku-buku yang saya hasilkan sebelum ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Ahmad Dusuki juga memaklumkan beliau memanfatkan platform dalam talian seperti internet dan media sosial untuk menganjurkan kuliah dan sesi perkongsian ilmu agama pada bulan Ramadan.

Katanya, kaedah tersebut banyak kebaikannya dan bersifat lebih konvensional serta mudah.

“Banyak kebaikan kuliah secara online. Antaranya ia me­nembus sempadan yang terbina antara penceramah dengan masyarakat. Ceramah yang di­sampaikan dapat ditonton pelbagai lapisan masyarakat yang berlainan latar belakang usia.

“Platform dakwah adalah luas, jangan kita sempitkan kaedah. Ada banyak cara yang kita boleh manfaatkan untuk menyampaikan ilmu, terma­suk secara dalam talian,” jelas­nya.

Sementara itu, penceramah bebas, Syamsul Debat membe­ritahu, jadual programnya sudah disusun dan penuh sehingga hujung tahun ini selepas mendapat jemputan penganjur dari seluruh negara.

Katanya, bulan Ramadan juga lebih bertambah sibuk apabila slot tazkirah dilakukan sebelum berbuka puasa dan selepas solat sunat tarawih.

“Ada penganjur yang berbulan-bulan sebelum program sudah buat tempahan ceramah. Bahkan, semasa bulan Ramadan ini hampir setiap hari dipenuhi program termasuk ada yang menjemput untuk bawa pergi umrah.

“Boleh kira dengan jari hari-hari yang tiada program, makna kata jadual penuh dengan pengi­sian,” katanya.

Selain menyampaikan cera­mah, Syamsul atau nama lengkapnya Syamsul Amri Ismail juga merupakan pengasas susu kambing Al-Amr serta merupakan konsultansi berdaftar yang menawarkan perkhidmatan nasihat dan runding cara.

Bagi ibadah umrah pula, katanya, dia tidak terikat dengan mana-mana syarikat kerana yakin dirinya adalah milik semua masyarakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya