TANAH MERAH: Tindakan nekad seorang lelaki membawa syabu bernilai RM17.9 juta menggunakan van bernombor pendaftaran palsu digagalkan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu di Jalan Wan Ahmad di sini, Isnin lalu. Dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, anggota batalion itu yang melakukan rondaan rutin mengesan sebuah van jenis Nissan Vanette berada dalam keadaan mencurigakan. Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azman Ayob berkata, anggota bertugas kemudian melakukan pemeriksaan dan…










