CMAG bincang kemasukan Zimbabwe dalam Komanwel

CMAG bincang kemasukan Zimbabwe dalam Komanwel

ZAMBRY Abd. Kadir (dua dari kanan) mengetuai deligasi Malaysia mengadakan mesyuarat Kumpulan Tindakan Menteri Komenwel (CMAG) di ibu kota England, Isnin lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mesyuarat Kumpulan Tindakan Menteri Komanwel (CMAG) membincangkan mengenai pelbagai isu termasuk kemasukan semula Zimbabwe ke dalam Pertubuhan Komanwel.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, mesyuarat yang diadakan di Marlborough House, London membincangkan isu-isu yang dihadapi oleh seluruh anggota Pertubuhan Komanwel.

“Mesyuarat tersebut membincangkan isu-isu berkepentingan bersama, situasi pelbagai negara-negara anggota Komanwel dan status permohonan kemasukan semula Zimbabwe sebagai anggota Komanwel.

“Saya menekankan bahawa adalah tidak wajar bagi pendekatan ’one size fits all’ digunakan dalam menggalakkan negara-negara menerima pakai prinsip demokrasi, kedaulatan undang-undang dan dalam mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia,” katanya di dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Zambry mengetuai delegasi Malaysia dan julung kali menyertai resepsi sambutan Hari Komanwel 2023 yang dianjurkan Pertubuhan Komanwel di ibu kota England itu Isnin lalu.

Malaysia yang mula menyertai Komanwel sejak merdeka 66 tahun lalu merupakan ahli aktif, malah pernah menganjurkan beberapa program besar pertubuhan tersebut antaranya ialah Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel Ke-11 pada 1989 lepas dan pernah muncul sebagai negara benua Asia pertama menjadi hos Sukan Komanwel pada 1998.

Penyertaan Malaysia sebagai anggota Mesyuarat Kumpulan Bertindak Peringkat Menteri Komanwel pada 2018 turut menyerlahkan komitmen negara ini dalam organisasi tersebut.

Sementara itu, Zambry menyatakan komitmen Malaysia yang bersedia menghulurkan bantuan teknikal kepada negara-negara Komanwel memerlukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.