Citarasa Itali dan Oriental 'bergabung' di Pullman - Utusan Malaysia

Citarasa Itali dan Oriental ‘bergabung’ di Pullman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERBUKA puasa dengan aneka hidangan premium yang lazat dan berpeluang memenangi sebuah motosikal bernilai lebih RM20,000?

Itulah kelainan ditawarkan dua restoran di Hotel Pullman KL Bangsar, Mearcato dan Pearls Cuisine kepada pelanggan yang memilih pakej bufet Ramadan.

Setiap satu restoran menyediakan puluhan jenis hidangan Mearcato bersama cita rasa Itali, manakala Pearls Cuisine pakar dalam penyediaan makanan laut serta seleksi oriental terutama Dim Sum.

Kumpulan Messa yang diketuai Datuk Sri Zakaria Abd. Rahman, berkata, program iftar Ramadan membabitkan kedua-dua restoran menjanjikan sajian terbaik di Lembah Klang.

Dua pakar berpengalaman luas, Cef Benny dan Cef Chong bertanggungjawab dalam pemilihan makanan sajian citarasa masakan Cina atau Chinese Cuisine dan hidangan Itali apabila menyajikan lebih 100 menu sempena Ramadan tahun ini.

“Kumpulan Messa mencipta sejarah tersendiri apabila menyediakan hadiah bernilai lebih RM20,000.00 kepada pelanggan yang datang berbuka puasa.

“Peluang ini dibuka melalui cabutan bertuah yang menyediakan motosikal sebagai hadiah utama secara tidak langsung sebagai tanda penghargaan kami kepada pelanggan,” katanya.

Selain menjanjikan kualiti, kebersihan dan halal, konsep dapur terbuka yang boleh dilihat pelanggan secara terus turut menunjukkan keunikan penyediaan masakan Itali di Mearcato.

Hidangan mewah Surf & Turf iaitu makanan laut dan daging dalam seleksi bufet disediakan setiap hari sepanjang Ramadan.

Menu yang dipanggang dengan cara tersendiri dengan rasa ‘juicy’, pelanggan boleh menikmati set bufet daging panggang seperti kambing, lembu dan ayam, manakala pilihan makanan laut segar seperti ketam, udang, sotong pula mempelbagaikan lagi selera.

Malah apabila berbuka di Mearcato, pelanggan boleh dapat percuma seekor Grill River Prawn dan satu tab mini aiskrim Haagen-Dazs.

Malah atmosfera ‘cozy’ dengan ruang makan yang luas juga mampu menempatkan 300 pengunjung pada satu masa, sekaligus memberikan keselesaan maksima.

Manakala sajian Dim Sum dan makanan laut segar terus dari jeti turut menjadi tarikan sajian utama di
Restoran Pearls Cuisine dengan keluasan melebihi 200 tempat duduk.

Pembuka selera dalam satu bufet tentu saja Timun Perap dengan Minyak Cili Pedas, Cendawan Hitam Perap dengan Minyak Daun Bawang, Kicap Turnip Perap, Nachos, Salad Campur, Kelapa Laut dan Herba Cina dalam Sup Ayam.

Nenu utama yang dicadangkan cef berpengalaman pula ialah Lobster Bakar dalam Sup Warna Keemasan Berkrim, Tiram Kukus & Bakar Istimewa dengan 3 Perisa Pilihan, Udang Goreng dengan Halia Daun Bawang dan Lada Garam.

Tidak ketinggalan hidangan Kerang Laut Bakar dengan Bawang Putih & Bawang Merah, Abalon Kukus dengan Cili Cincang, Sotong Serai Bakar Dihidangkan Dalam Sos Sate Berkrim, Ikan Jernak Kukus dalam Acar Kobis dengan Jus Limau Nipis, Ketam Bunga Goreng Chinese style.

Juadah Kerang Rebus dengan Taro, Baby River Prawn Crispy Goreng Dalam Sayur Campur, Nasi Goreng Daging Ketam bersama Sayur & Ikan Bilis, Wok Kari Goreng Mee Hong Kong dengan Cendawan juga antara menu ‘bintang’ restoran ini.

Menariknya, harga terendah untuk hotel bertaraf 5 bintang dengan potongan harga setiap pembelian 10 orang, pelanggan hanya perlu membayar untuk tujuh orang sahaja iaitu tiga orang lagi adalah percuma.

Sekiranya membuat tempahan antara 21 Februari hingga 22 Mac 2023, anda boleh menikmati harga promosi RM128 bersih untuk seorang.

Manakala dengan pembelian 10 pax, akan dapat percuma untuk 3 pax lagi bagi kadar biasa yang sangat menjimatkan kerana harga asal adalah  RM148 untuk dewasa, RM128 bagi warga emas dan  RM74 kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya