Cabaran teknologi AI, penggiat filem perlu berani

Cabaran teknologi AI, penggiat filem perlu berani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WORLD Economic Forum (MEF) melaporkan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang diguna pakai hampir pelbagai industri akan memberi kesan terhadap 1.1 bilion pekerja di seluruh dunia. 

Ledakan pelbagai teknologi AI seperti Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), Internet Kebendaan (IoT) dan robotik kini banyak mengubah landskap kehidupan manusia sejagat. 

Kebanyakan industri akan mudah memanfaatkan segala rangkuman data, informasi dan rumusan dari Data Raya ini bagi mereka yang bersedia lebih awal.

Menyedari hakikat itu, Presiden Persatuan Pekerja Profesional Malaysia (Profima), Khalil Saleh berkata, industri perfileman dan dunia kreatif juga akan terkesan dan menerima impak besar terhadap pembangunan AI. 

Jelasnya, AI diakui mampu menyelesaikan beberapa masalah, prosesnya lebih cepat, jimat serta boleh diterima hasil capaiannya dan saling berkait rapat antara bidang kepakaran dalam dunia filem dan seni kreatif. 

“Antara yang akan terkesan adalah sektor pembangunan skrip, penyediaan papan cerita, suara latar, lokasi penggambaran dan sarikata. 

“Selain itu, reka bentuk produksi dan beberapa bidang yang sangat berkait dengan data yang terdapat pada Data Raya (Big Data) di seluruh negara dan dunia,” katanya. 

Oleh itu, Khalil menyeru semua penggiat filem dan industri kreatif agar segera berubah, berani belajar dan menerima perubahan dunia khususnya berkaitan AI.

Jelasnya, ia bertujuan memudahkan penghasilan kerja kreatif tanpa ada rasa terganggu dan disekat. 

“Kreativiti dan sentuhan seni yang tidak dapat diukur dan dimiliki teknologi adalah idea, kepakaran dan pengalaman seseorang .

“Sepatutnya teknologi memudahkan dan membantu kita, bukan menghalang dan menyekat semua penggerak industri perfileman.

“Kita juga perlu memikirkan sesuatu berkaitan hal ini sama ada daripada sudut pendidikan filem, pendedahan aliran teknologi dan segala yang berkaitan tanpa rasa ragu dan lewat.”

Bagi tujuan itu, katanya, Profima akan mengadakan satu program khas berkaitan bagi membuka mata semua penggiat filem agar lebih memikirkan masa depan kerjaya mereka dan membincangkan maklumat berkaitan. 

Profima juga jelasnya menyedari kewujudan AI seperti OpenAi Chat Gpt, NeevaAi, Bing Ai, YouChat, Andi, Siri, Google Search serta fungsinya.

“Kegusaran yang timbul adalah mengenai tahap kesediaan penggiat filem dan industri kreatif negara.   memerlukan pelaburan dana yang tinggi,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya