Bumbung rumah dibaiki, Sanira ceria sambut Ramadan

Bumbung rumah dibaiki, Sanira ceria sambut Ramadan

MUHAMAD Ridzuan Suhaimi (kiri) melihat bumbung rumah Sanira Abu Seman (tengah) yang rosak semasa melakukan lawatan kebajikan di Kampung Baru Air Nasi di Semeling, Sungai Petani, Kedah. – FOTO/OTHMAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Ra­madan yang bakal disambut sehari sahaja lagi membawa keceriaan buat sebuah keluarga di Kampung Baru Air Nasi, Semeling di sini apabila bumbung rumah mereka yang rosak sejak lebih 10 tahun lalu akan dibaiki.

Berita gembira itu diterima Sanira Abu Seman, 39, ketika dikunjungi Pengarah Urusan Pertubuhan Al-Ridzuan, Muhamad Ridzuan Suhaimi yang melakukan lawatan kebajikan ke kediaman itu.

Rumah diduduki Sanira bersama suami, Anuar Mat Desa, 38, serta enam anak berumur antara 10 hingga 19 tahun tidak lagi selamat selepas kerangka kayu bumbung reput dimakan anai-anai, manakala zink rosak yang gagal dibaiki disebabkan masalah kewangan.

Sejak itu setiap kali hujan dan ribut, Sanira akan menahan bekas bagi menadah air hujan daripada memenuhi rumah, selain membawa anak-anaknya ke tempat selamat kerana bimbang berlaku runtuhan yang boleh membahayakan nyawa ahli keluarganya.

“Kehidupan kami sekeluarga mula terkesan selepas suami patah tulang bahu akibat terjatuh beberapa tahun lalu menyebabkan dia tidak dapat melakukan kerja berat bagi mencari pendapatan.

“Ini menyebabkan rumah pusaka milik keluarga yang didiami tidak dapat dibaiki hingga kerosakkannya semakin lama sekian melarat,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurut Sanira, pendapatan mereka sekeluarga kini hanya bergantung kepada anak sulungnya, Nur Fatin Syazwani, 19, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan.

“Pendapatan diperolehi secara harian itu sekadar cukup untuk makan, menampung persekolahan tiga lagi anak dan kos perubatan dua anak yang mengalami masalah kesihatan.

“Keadaan ini menyebabkan kami tidak mempunyai pilihan untuk membaiki bumbung rumah yang rosak kerana perlu menggunakan wang bagi memenuhi keperluan harian,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Ridzuan berkata, pihaknya tampil selepas mendapat tahu kesusahan Sanira sekeluarga dan berjanji akan membaiki ke­seluruhan kerosakan itu dalam masa terdekat.

“Kami prihatin dengan ke­adaan rumah didiami keluarga ini yang bukan sahaja rosak teruk pada bahagian bumbung tetapi juga tidak mempunyai bekalan eletrik selepas dipotong kerana gagal menjelaskan tunggakkan bil hampir RM2,000.

“Maka, selain membaiki ke­rosakan kita juga akan menjelaskan bil eletrik bagi memberi keselesaan keluarga ini ber­puasa dan menyambut hari raya dalam keadaan selesa kelak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN