Bukan gimik pemasaran - penerbit perjelas isu kebocoran drama Project High Council - Utusan Malaysia

Bukan gimik pemasaran – penerbit perjelas isu kebocoran drama Project High Council

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad memaklumkan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebocoran dua episod drama Project High Council yang dimuat naik secara haram di media sosial.

Katanya, buat masa ini tidak banyak maklumat yang dapat dikongsikan tentang perkara tersebut dan berharap agar proses siasatan segera diselesaikan untuk memberi ruang kepada pihaknya memberi penjelasan tentang isu berkenaan.

“Saya tidak boleh mengulas panjang perkara ini disebabkan ia masih lagi dalam peringkat siasatan.

“Cuma apa yang boleh saya katakan adalah situasinya buat masa ini, terkawal.

“Diharapkan pihak kami akan dapat memberi penjelasan sebaik proses siasatan selesai,” katanya.

Raja Jastina berkata demikian sebelum majlis tayangan khas episod akhir drama berkenaan di ibu kota, semalam.

Dalam pada itu, Raja Jastina juga menolak dakwaan yang mengaitkan kebocoran itu sebagai sebahagian gimik pemasaran untuk melariskan drama itu.

“Tentu sekali ia bukan gimik pemasaran. Bocor atau tidak, drama ini tetap menerima sambutan yang baik kerana ceritanya.

“Respons yang kami terima setakat ini amat memberangsangka dan positif.

“Matlamat kami adalah untuk memberikan produk yang baik kepada penonton. Yang ditayangkan di televisyen adalah produk akhir, manakala yang dimuat naik secara haram di media sosial adalah sebaliknya,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.