Buka lebih banyak penerbangan langsung antarabangsa ke Sarawak

Buka lebih banyak penerbangan langsung antarabangsa ke Sarawak

LEE Kim Shin (lima dari kanan) bersama Rayner Teoh (empat dari kanan) pada pelancaran destinasi ketiga MYAirline ke Sarawak dengan penerbangan dari Kuala Lumpur mendarat di Lapangan Terbang Miri, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI: Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) menyeru lebih ramai syarikat penerbangan Malaysia mengambil usaha bagi membuka laluan langsung khusus bagi penerbangan antarabangsa seperti Hong Kong, Macau, dan Shenzen China.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, banda raya Miri sebagai contohnya adalah salah satu destinasi strategik yang menjadi pintu kepada laluan antarabangsa menghubungkan Sarawak dengan Brunei Darussalam. 

“Maka dengan itu kita akan bincang dengan syarikat baharu seperti MYAirline untuk mempertimbang cadangan penerbangan langsung bagi beberapa destinasi antarabangsa ke Sarawak. 

“Miri yang juga merupakan bandar minyak dan gas turut menjadi salah satu faktor yang harus dipertimbang lebih-lebih lagi apabila syarikat minyak Shell kini dalam pemindahan ibu pejabatnya banda raya ini, sekali gus bakal mempunyai permintaan lebih tinggi kelak,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan destinasi ketiga MYAirline ke Sarawak dengan penerbangan dari Kuala Lumpur mendarat di Lapangan Terbang Miri, semalam. 

 MYAirlie adalah syarikat penerbangan tambang rendah terbaharu di Malaysia.  Bermula semalam, syarikat penerbangan mengendalikan satu penerbangan setiap hari dari Miri ke Kuala Lumpur dan selepas 15 Mac ini penerbangan ditambah kepada dua setiap hari.

Lee yakin laluan itu akan menjadi laluan kepada kunci perjalanan khusus bagi pecinta alam, penggemar festival serta ahli-ahli perniagaan yang menceburi dalam industri petroleum. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO, Rayner Teoh yakin pada masa akan datang MYAirline mempertimbang cadangan bagi laluan antarabangsa tersebut. 

“MYAirline mempunyai beberapa perancangan dan sudah pastinya cadangan yang diberikan Datuk Lee Kim Shin juga salah satu hasrat syarikat kami untuk perluaskan laluan penerbangan kami. 

“Tetapi di peringkat awal ini sememangnya akan kita umumkan beberapa destinasi penerbangan laluan antarabangsa kita dan akan diperluas mengikut peringkat,” katanya.

MYAirline pada masa yang sama berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama antara Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) dalam membawa lebih banyak peluang kepada penggembara untuk memilih penerbangan ke destinasi mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya