Betullah kata bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Junid satu ketika dahulu, orang politik kerjanya adalah berniaga air liur.
Yang beliau maksudkan ialah orang politik pandai bermain dengan kata-kata dan mereka boleh bercakap berjam-jam apabila memegang mikrofon termasuk ketika berada di atas pentas.
Malah Sanusi juga merujuk kepada dirinya sendiri yang boleh bercakap bermacam-macam perkara apabila diminta berucap termasuk tanpa menggunakan teks ucapan.
Itulah yang berlaku dalam tempoh sebulan dua ini khususnya di Melaka yang baru sahaja selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) kelmarin.
Sejak penamaan calon pada 31 Oktober lalu, setiap hari pemimpin politik berceramah tentang parti mereka, mengenai calon yang bertanding dan pelbagai perkara lagi.
Sebagai pemimpin parti atau juga peneraju kerajaan, memang kemahiran berucap itu sangat penting untuk mereka terutama dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai tentang dasar-dasar yang diperkenalkan.
Maklumat yang disampaikan itu perlu difahami dan disokong oleh rakyat supaya dasar-dasar yang dibawa oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Ucapan seseorang pemimpin politik itu juga penting dalam rakyat menilai kewibawaannya, idea yang dibawa dan juga karismanya sebagai pemimpin.
Dalam kempen PRN Melaka, rakyat negeri itu dapat melihat dan menilai peribadi mereka yang bertanding termasuk pemimpin parti yang datang berkempen.
Sama ada dalam kumpulan kecil atau di atas pentas, mereka yang terlibat pasti akan bercakap atau berucap. Pelbagai perkara disentuh, dari hal seperti masalah banjir kilat di kampung, tentang calon yang bertanding dan juga peluang-peluang ekonomi yang ditawarkan.
Mereka juga menyentuh tentang isu-isu nasional seperti kos sara hidup, dakwaan korupsi melibatkan pemimpin lawan dan juga kemampuan memimpin parti-parti politik.
Sudah tentu segalanya betul dan baik jika melibatkan kepentingan mereka tetapi masalah besar jika pengundi memilih parti lawan. Begitulah adat berpolitik, lebih-lebih lagi dalam tempoh berkempen menjelang pilihan raya. Segalanya mengenai mereka adalah betul dan hebat.
Yang penting, semuanya perlu dilakukan dengan penuh yakin dan mendapat kepercayaan daripada orang ramai.
Selain menyentuh pelbagai isu, pemimpin terlibat juga perlu bercakap tentang janji-janji pilihan raya atau manifesto parti. Ini juga perlu dilakukan dengan betul supaya ia nampak meyakinkan dan boleh dilaksana oleh parti berkenaan.
Dan selepas dua minggu berkempen, pengundi Melaka sudah bersuara kelmarin dengan membuat undian di atas kertas. Keputusan itu sudah tentu dibuat berdasarkan karisma calon yang terlibat dan juga parti mana yang berjaya meyakinkan mereka.
Ada baiknya juga jika pada masa depan, debat secara terbuka antara calon-calon bertanding diadakan dengan lebih kerap dan mereka yang bertanding boleh cakap apa sahaja.
Dengan cara ini, setiap perkara yang dibangkitkan dapat dikemukakan secara lebih bertanggungjawab dan rakyat tidak dikelirukan dengan maklumat salah.
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pemangku Timbalan Pengarang Utusan Malaysia
Orang politik kerjanya berniaga air liur

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved