Bila dah sakit baru nak ambil insurans - Fizo Omar

Bila dah sakit baru nak ambil insurans – Fizo Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Fizo Omar menasihatkan rakan artis supaya mempunyai kesedaran awal untuk memiliki polisi takaful sebagai persediaan menghadapi kejadian tidak diingini seperti kemalangan dan penyakit kritikal. 

Ditambah dengan kos perubatan semakin tinggi, katanya, golongan pelakon sangat berisiko tinggi ditimpa kecelakaan kerana kerap melakukan perjalanan jauh ke set penggambaran. 

“Masa berlakon 10 tahun lalu, saya pernah tertumbuk pintu sehingga darah tak berhenti mengalir dari tangan ketika melakukan adegan aksi. 

“Akibatnya, saya menerima enam jahitan sehingga kesan parut masih jelas sampai hari ini. Mujur ada insurans yang menampung kos rawatan ketika itu,” katanya. 

Usahawan selebriti itu juga bersyukur kerana mempunyai kesedaran sejak 20 tahun lalu bagi menyediakan perlindungan insurans kepada diri dan ahli keluarga lain. 

Katanya, insurans juga sangat membantu kos rawatan anaknya yang kerap dimasukkan ke hospital kerana diserang penyakit. 

“Maryam masuk hospital dalam tempoh sebulan sehingga bil cecah sampai RM30,000. Bayangkan kalau saya tidak ambil insurans, apa akan jadi?

“Insurans sekarang banyak berbentuk simpanan, jadi bila sudah ada insurans hati dan fikiran kita turut senang,” terangnya. 

Dalam masa sama, Fizo turut kesal dengan sikap masyarakat yang terlalu skeptikal dengan insurans sedangkan perlindungan itu perlu diambil semasa sihat. 

“Masa insurans nak kita, kita rasa tak perlukan ‘dia’. Tetapi masa kita perlukan insurans, ketika itu ‘dia’ tak perlukan kita. Ini sikap masyarakat kita bila sudah sakit baru mahu ambil insurans,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN