'Biar mahkamah tentukan' - Farid Kamil

‘Biar mahkamah tentukan’ – Farid Kamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah, Farid Kamil menyerahkan kepada pihak mahkamah dalam menentukan keputusan berhubung pergolakan rumah tangganya.

Tanpa mengulas lanjut mengenai permohonan cerai yang difailkan isterinya, Diana Danielle, sejak awal bulan ini, Farid hanya menjawab ringkas soalan yang diajukan kepadanya.

“Saya serahkan kepada mahkamah untuk tentukan,” katanya.

Terdahulu, Diana memfailkan permohonan tersebut atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) dalam rumah tangga mereka.

Permohonan cerai itu disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari dekat sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut. Difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.

Berita tersebut menggemparkan industri hiburan tanah air, apatah lagi mereka baru pulang mengerjakan umrah sekeluarga, akhir bulan lalu.

Pada 2016, pernah bertebaran spekulasi perkahwinan mereka goyah apabila Diana didakwa hadir ke Mahkamah Syariah, namun mereka enggan membuka mulut.

Rumah tangga mereka yang dibina pada November 2012 dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 7 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.