Beri kebebasan SPRM siasat pemimpin politik - Utusan Malaysia

Beri kebebasan SPRM siasat pemimpin politik

JAIS ABDUL KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pujian harus diberikan kepada Suruhnajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menjalankan amanah dan tugas dengan berani tanpa ‘memilih bulu’ sama ada individu tersebut mempunyai pangkat atau kedudukan tinggi dalam parti tertentu atau pun masyarakat. 

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, sesiapa sahaja yang disiasat dan dituduh SPRM sudah pasti ada sebab dan alasan kukuh memandangkan siasatan dilakukan secara menyeluruh, terperinci dan profesional. 

Kata beliau, siasatan dan pendakwaan ke atas pemimpin parti politik perlu diberikan perhatian serius dan dijadikan sebagai pengajaran kepada pemimpin politik yang lain. 

“Hakikatnya, budaya politik Malaysia sudah terlalu tercemar dengan pelbagai masalah moral, integriti, rasuah, salah guna kuasa dan nepotisma. 

“Pengiat politik dan rakyat harus bersedia untuk melakukan pemutihan budaya politik ke arah politik sihat yang bermoral, berintegriti tinggi dan  bertanggungjawab terhadap amanah tugasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata Jais, isu penyiasatan dan pendakwaan ‘terpilih’ tidak timbul jika kita benar-benar bersih dan tidak terbabit dengan gejala rasuah atau salah guna kuasa.

Jelas beliau, mahkamah membuat keputusan setelah mendengar hujah-hujah daripada pihak pembelaan dan pendakwaan dengan bukti-bukti yang dikumpulkan oleh pihak SPRM.

“Perbuatan rasuah tetap salah dan semua pihak harus menghormati keputusan mahkamah jika seseorang itu terbukti bersalah dan harus dijatuhkan hukuman,”ujarnya. – utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya