Bergaduh akibat tak puas hati motosikal dilanggar

Bergaduh akibat tak puas hati motosikal dilanggar

TANGKAP layar pergaduhan membabitkan penunggang motosikal dengan seorang pemandu kenderaan yang tular selepas kejadian pelanggaran di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Kampung Baru, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Tidak berpuas kerana motosikalnya dilanggar, seorang lelaki bertindak ganas memecahkan cermin kereta dan memukul seorang pemandu di Jalan Kampung Baru, di sini petang semalam.

Video kejadian di laluan keluar sebuah pusat beli belah itu tular di media sosial yang memaparkan pergaduhan membabitkan seorang lelaki dengan seorang pemandu kenderaan terbabit.

Menerusi video berdurasi 2 minit 21 saat itu, pada awalnya pemandu kenderaan itu sedang memberi penjelasan kepada seorang lelaki lain selepas kenderaannya terlanggar motosikal milik suspek yang secara tiba-tiba melintas di hadapannya.

Pelanggaran itu menyebabkan beberapa buah motosikal milik beberapa orang penghantar makanan yang diparkir di situ turut terbalik.

Bagaimanapun suspek kemudiannya bertindak memecahkan cermin tepi penumpang kereta milik mangsa menggunakan topi keledarnya dan menyerang pemandu berusia 50 tahun sambil memukul bahagian kepala menyebabkan orang awam cuba meleraikan pergaduhan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada pemandu terbabit yang merupakan peniaga buku dan peralatan sekolah pada pukul 8 malam tadi.

Jelasnya, pergaduhan dipercayai berpunca daripada suspek berumur 29 tahun yang berang kerana motosikalnya dilanggar ketika menuju ke tempat parkir bersebelahan sebuah bank di pusat beli-belah itu.

“Dalam laporannya mangsa memandu kereta Nissan Cefiro melalui laluan keluar dari bangunan berkenaan tidak sempat mengelak motosikal suspek yang secara tiba-tiba melintas di hadapannya untuk menuju ke tempat parkir berkenaan.

“Suspek enggan menerima penjelasan yang diberikan oleh mangsa menyebabkan dia bertindak ganas. Kita menahan suspek yang merupakan seorang peniaga besi buruk di rumahnya di Taman Bersatu, di sini malam tadi,” katanya.

Kata Zaidy, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Mangsa pula dibawa menerima rawatan sebagai pesakit luar kerana mengalami bengkak tangan kanan, bahu kiri dan belakang kepala akibat dipukul suspek menggunakan topi keledar.

Tambahnya, suspek kini dalam tahanan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324/427 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya