Anifah Aman antara 16 individu dilantik Senator Dewan Negara

Anifah Aman antara 16 individu dilantik Senator Dewan Negara

ANIFAH oAman dilantik Senator Dewan Negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anifah Aman@Haniff Amman dilantik sebagai Senator Dewan Negara berkuat kuasa hari ini.

Bekas Menteri Luar itu mengangkat sumpah di Parlimen, setelah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong bagi mewakili Labuan.

Pemimpin berusia 69 tahun itu ketika ini bertugas sebagai penasihat khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang dilantik pada awal tahun ini.

Beliau merupakan sebahagian daripada 16 individu yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara hari ini.

Pelantikan tersebut juga melibatkan tokoh bahasa, Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan dan Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Tan Sri Low Kian Chuan.

Selain itu, Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli; Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC, Datuk C. Sivaraj dan Ketua Pemuda Amanah, Mohd. Hasbie Muda turut dilantik sebagai senator.

Pengerusi Biro Orang Asli PKR, Manolan Mohamad pula dilantik semula oleh Seri Paduka Baginda selepas khidmatnya sebagai senator berakhir pada 2021, manakala Timbalan Pengerusi PKR Sarawak, Abun Sui Anyit dan Pengerusi Biro Politik Orang Kurang Upaya (OKU) PKR, Isaiah D. Jacob dilantik buat pertama kali sebagai senator.

Pelantikan senator baharu turut melibatkan wakil DAP iaitu bekas Ahli Parlimen Tenom, Noorita Sual dari Sabah dan bekas calon DAP bagi Parlimen Sarikei, Roderick Wong Siew Lead.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah diwakili dua individu sebagai senator baharu iaitu ADUN Bayu, Abdul Nasir Idris dan Setiausaha Perhubungan Pas Kedah, Musoddak Ahmad.

DUN Pulau Pinang pula diwakili Pengarah Hospital Sungai Bakap, Dr. R.A. Lingeshwaran dan ahli perniagaan, Amir Ghazali manakala DUN Terengganu diwakili Pengerusi Tetap Pas Pusat dan Presiden Yayasan Amal Malaysia, Hussin Ismail. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya