Agong berkenan kunjungi Presiden UAE

Agong berkenan kunjungi Presiden UAE

- FB ISTANA NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE),  Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan di Qasr Al Bahr, Abu Dhabi semalam.

Menerusi laman Facebook Istana Negara hari ini, kunjungan Seri Paduka diiringi  Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Yang hadir sama wakil pemerintah di Wilayah Dhafra, Sheikh Hamdan bin Zayed Al Nahyan; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang; Timbalan Panglima Tentera Darat,  Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab. Rahman dan Duta Besar Malaysia ke UAE, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin.

“Dalam pertemuan pada jam 5.30 petang waktu tempatan itu atau 9.30 malam waktu Malaysia, kedua-dua pemimpin menyentuh mengenai langkah dan usaha bagi memperkasa hubungan dua hala dalam pelbagai aspek.

“Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan UAE atas kesudian menerima sumbangan sebanyak 42 tan barangan bantuan kemanusiaan daripada Kerajaan Malaysia untuk disalurkan menerusi Persatuan Bulan Sabit Merah UAE kepada mangsa gempa bumi di Syria baru-baru ini,” katanya.

Pada masa sama, Seri Paduka  turut berkenan mempersilakan Sheikh Mohammed melakukan lawatan ke Malaysia.

Pertemuan itu  disusuli dengan majlis santapan malam di Qasr Al Shatie, Abu Dhabi.

Seri Paduka kini berada di UAE bagi lawatan khas selama seminggu sehingga hari ini. Turut mengiringi Seri Paduka ke lawatan khas ini adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.