Agihan Bakul Rahmah kepada miskin tegar capai 75 peratus 

Agihan Bakul Rahmah kepada miskin tegar capai 75 peratus 

SALAHUDDIN AYUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 36,000 Bakul Rahmah diedarkan kepada golongan miskin tegar di seluruh negara dan ia mencapai tahap 75 peratus jumlah yang disasarkan kerajaan. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kerajaan menyasarkan sebanyak 48,000 Bakul Rahmah disampaikan kepada rakyat miskin tegar. 

“Saya harap semua faham Bakul Rahmah tidak seperti inisiatif lain. Ia menyasarkan kumpulan miskin tegar sahaja. Kita telah berikan amanah itu kepada ahli Parlimen dan penjaga pusat khidmat untuk memastikan bakul Rahmah diberikan kepada golongan itu. 

“Setakat ini, hampir 36,000 bakul RAHMAH diedarkan di seluruh negara dan menghampir sasaran sebanyak 75 peratus. Kita sasarkan kita dapat beri 48,000 bakul Rahmad,” katanya dalam sidang akhbar di Bangunan Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Salahuddin melepaskan Flag Off Konvoi Bakul Rahmah ke Tambun.

Kementerian  itu menggerakkan Inisiatif Bakul Rahmah dengan kerjasama bersama Rakan Strategik, Pemain Industri (pasar raya) agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya. 

Jelas Salahuddin, sehingga hari ini, inisiatif Bakul Rahmah semakin mendapat perhatian ramai terutama syarikat korporat.

“KPDN amat berbesar hati untuk menerima sumbangan berbentuk makanan harian daripada semua pihak untuk diagihkan kepada golongan berpendapatan rendah dengan lebih berkesan, konsisten dan bersasar,” katanya. 

Tambah beliau, Perdana Menteri telah meminta untuk memberi keutamaan agihan Bakul Rahmah kepada kawasan-kawasan serta negeri-negeri yang memerlukannya.

“Bila kita lancarkan Bakul Rahmah ini sebenarnya kami telah berikan keutamaan kepada Parlimen Tambun tetapi Anwar kata jangan dulu dan minta untuk kami hantar kepada kawasan-kawasan yang memerlukannya. Jadi beliau mengambil sikap untuk tidak mendapat keutamaan itu.

“Kita telah hantar kepada negeri-negeri yang memerlukannya, kita fokuskan pada negeri yang mengalami banjir besar baru-baru ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya