8 calon sah rebut Naib Presiden

8 calon sah rebut Naib Presiden

SHAHRIR SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lapan calon sah merebut jawatan Naib Presiden UMNO bagi sesi 2023 hingga 2026 pada pemilihan parti itu kali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad BERKATA, Mohd Yusof Musa @ Jamaludin antara calon yang bersaing bagi jawatan itu, selain tujuh individu yang dikenali yang menawarkan diri sebelum ini.

“Semuanya hantar borang sebelum 26 Februari lepas. Dia (Mohd. Yusoff) punya nama pun akhir-akhir, tetapi kita pun tak tahu dia bahagian mana.

“Saya rasa dia biasa bertanding dan ini bukan kali pertama bertanding,” katanya kepada pemberita selepas cabutan undi calon hari ini.

Difahamkan, Mohd. Yusof daripada UMNO Bahagian Iskandar Puteri pernah bertanding bagi jawatan Presiden parti itu pada pemilihan 2018 lepas.

Selain Mohd. Yusoff, terdapat tujuh lagi calon merebut jawatan antaranya Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Seri Hasni Mohammad serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Selain mereka, ahli MKT, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di samping dua penyandang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Shahrir berkata, seramai 24,910 calon menawarkan diri untuk kesemua jawatan di peringkat bahagian dan Pusat.

“Jawatan ketua bahagian seramai 393 orang bertanding, timbalannya 424 calon; naib ketua bahagian 522 calon, ketua wanita bahagian 341 calon dan naib ketua wanita bahagian pula 341 calon.

“Ketua pemuda bahagian 355 calon; naib ketua pemuda 351 calon; ketua puteri 250 calon dan naib ketua puteri 254 calon,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, sebanyak tiga pencalonan ketua pemuda ditolak atas alasan isu kelayakan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya