283 aduan harga barang naik dalam tempoh seminggu lalu - Utusan Malaysia

283 aduan harga barang naik dalam tempoh seminggu lalu

FUZIAH Salleh pada majlis pelancaran BRR Bayan Baru dan program inisiatif pendigitalan sektor peruncitan (Redi) di bazar Ramadan Bayan Baru, Pulau Pinang hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BAYAN LEPAS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerima sebanyak 283 aduan berhubung kenaikan harga barang termasuk di bazar Ramadan di seluruh negara sejak 23 Mac lalu hingga semalam.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 92 kes telah diambil tindakan dengan jumlah kompaun bernilai RM11,400.

“Bagi tempoh semalam sahaja kita menerima 51 aduan dengan jumlah kompaun bernilai RM3,000.

“Antara kesalahan yang dikesan ialah membabitkan alat timbang yang tidak tepat dan kebanyakan kesalahan dilakukan oleh peniaga kedai runcit, pasar dan sebagainya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan bazar Ramadan Rahmah (BRR) Bayan Baru dan program inisiatif pendigitalan sektor peruncitan (Redi) di bazar Ramadan Bayan Baru di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaita, tambah beliau, pihaknya turut menjalankan sebanyak 17,920 pemeriksaan di premis-premis perniagaan serta di lebih 6,000 bazar Ramadan di seluruh negara sepanjang tempoh sama.

Katanya, pemantauan yang dijalankan
menerusi Op Pantau itu akan dijalankan sepanjang bulan Ramadan bagi memastikan harga barangan di premis perniagaan dan makanan yang dijual sentiasa berpatutan dan berkualiti.

”KPDN sentiasa mengambil berat dan memastikan umat Islam serta pengguna mendapat perkhidmatan terbaik daripada peniaga di bazar Ramadan.

Dalam pada itu, katanya, sehingga kini sebanyak 38 lokasi sedang melaksanakan BRR di seluruh negara termasuk dua lokasi yang dilaksanakan bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Sementara itu, katanya, KPDN turut mengagihkan pemberian insentif RM20 kepada 1,000 pengunjung terawal menerusi platform e-dompet dan sehingga hari ini seramai 4,000 orang di empat BRR telah menerima insentif tersebut.

“Kita memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk 96,000 pengunjung yang datang ke bazar Ramadan di seluruh negara dalam usaha kita menggalakkan orang ramai berbelanja,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya