2,000 peluang pekerjaan dalam sektor akuakultur air tawar

Parlimen: 2,000 peluang pekerjaan dalam sektor akuakultur air tawar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hasrat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk menjadikan sektor akuakultur ikan marin dan air tawar sebagai salah satu sektor yang utama bagi meningkatkan kadar sara diri (SSR) dan pendapatan penternak mampu wujud 2,000 peluang pekerjaan.

Timbalan Menterinya, Chan Foong Hin berkata, hasrat itu selari dengan agenda pemerkasaan industri akuakultur yang telah digariskan sebagai salah satu daripada 5 hala tuju dan fokus Kementerian mulai tahun 2023.

CHAN FOONG HIN

“Usaha ini dijangka mampu menyediakan 2,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2025 dengan sasaran pengeluaran 15,000 tan metrik akuakultur air tawar. 

“Antara spesies utama termasuklah patin, tilapia dan keli dengan sasaran pengeluaran pada tahun 2025 berjumlah 150,000 tan metrik dan tahun 2030 berjumlah 214,000 tan metrik,” katanya semasa sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat. 

Jelas Foong Hin, kementerian juga akan laksana penyusunan semula kawasan akuakultur dan pemantapan aktiviti ternakan ikan air tawar dengan memberi fokus kepada peningkatan pengeluaran akuakultur air tawar.

“Pelaksanaan Projek Integrasi Akuakultur (PPIA) yang memfokuskan usaha bagi membangunkan sistem sangkar 2 bersepadu yang akan menyumbang kepada peningkatan pengeluaran akuakultur.

“Pemberian bantuan secara in-kind (peralatan dan input perikanan), pensijilan amalan baik serta menggalakkan dan memperluaskan penggunaan teknologi dalam akuakultur,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya