1MDB: Johari Ghani ketuai pasukan petugas khas

1MDB: Johari Ghani ketuai pasukan petugas selesaikan tuntutan dengan Goldman Sachs

1mdb
Johari Abdul Ghani dilantik oleh Perdana Menteri untuk mengetuai pasukan petugas khas menyelesaikan isu-isu berkaitan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik mengetuai pasukan petugas bagi menyelesaikan beberapa isu membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ini terutamanya dalam menyelesaikan isu berhubung tuntutan kerajaan terhadap Goldman Sachs bernilai AS$2.5 bilion.

Memetik laporan Bloomberg beliau dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini kerajaan Malaysia telah mencapai penyelesaian dengan bank pelaburan antarabangsa itu pada tahun 2020 ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi jumlah lebih rendah daripada apa yang dipersetujui ketika di bawah pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Saya sendiri malu dengan keputusan terbabit. Amat sedikit ketika persefahaman itu dibuat. Goldman Sachs mengaut keuntungan daripada kerja keras kita,” kata Anwar di Dewan Rakyat semalam seperti dilaporkan Bloomberg.

Pada 2020, kerajaan pimpinan Muhyiddin mencapai penyelesaian dengan Goldman Sachs dengan bank pelaburan itu hanya membayar AS$2.5 bilion kepada kerajaan dan memberi jaminan pulangan aset 1MDB yang dirampas di seluruh dunia, bernilai AS$1.4 bilion.

Menurut bekas Menteri Kewangan II itu, Goldman Sachs bertindak sebagai penasihat kewangan dan pengurus utama kepada tiga bon yang dikeluarkan 1MDB bernilai AS$6.5 bilion, sekali gus meraih AS$600 juta sebagai yuran komisyen.Selain itu kata Johari, dua bekas pekerja Goldman Sachs juga bukti penyelesaian itu meragukan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya