10 kedai makan kotor diarah tutup

10 kedai makan kotor diarah tutup

DR. Zaini Hussin (kiri) semasa melakukan pemeriksan ke atas sebuah premis makanan di Kota Bharu, Kelantan. - IHSAN JKNK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengarahkan 10 premis makanan di sekitar daerah ini menutup operasinya kerana tidak mencapai standard kebersihan ditetapkan.

Pengarahnya, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, hasil pemeriksaan bersama Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan mendapati pemilik premis melakukan kesalahan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Katanya, susulan itu premis tersebut diarahkan menutup operasi selama 14 hari kerana tidak mencapai standard ditetapkan JKNK.

“Seramai 66 kakitangan JKNK melakukan pemeriksaan di 82 premis makanan yang menjadi tumpuan ramai di sekitar Bandar Baru, Wakaf Che Yeh, Jalan Kuala Krai, Jalan Pengkalan Chepa dan Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini.

“Selain itu, 230 notis kompaun bernilai RM 42,650 dikeluarkan kepada pemilik premis dan pengendali makanan atas pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009,” katanya semalam.

Dr. Zaini berkata, pada masa sama JKNK merampas produk makanan bernilai RM505 yang mempunyai kesalahan pelabelan dalam operasi tersebut.

Katanya, pemilik premis makanan yang didapati tidak mematuhi elemen penting dalam aspek kebersihan turut diberikan bimbingan sebagai tindakan pembetulan bagi meningkatkan tahap kebersihan premis masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN