Wisma Putra diminta bantu misi kemanusiaan ke Turkiye

Parlimen: Wisma Putra diminta bantu misi kemanusiaan ahli Parlimen PN ke Turkiye

ANWAR Ibrahim ketika Sesi Penerangan Menteri-Menteri Di Bawah Peraturan 14 (1)(I) Pada 16 Februari 2023 Berhubung Lawatan Ke Turkiye di Dewan Rakyat hari ini. - FOTO/IHSAN JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wisma Putra diminta untuk membantu penyelarasan misi bantuan kemanusiaan ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) ke Turkiye ekoran kejadian gempa bumi yang melanda negara berkenaan baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian selepas dimaklumkan bahawa wakil-wakil rakyat terlibat akan bergerak ke Turkiye bagi menyertai misi kemanusiaan bermula 2 Mac hingga 7 Mac ini.

Jelasnya lagi, pihak kementerian berkenaan akan membantu misi bantuan wakil rakyat terlibat khususnya untuk memasuki kawasan bencana.

“Mengenai penyelarasan itu, dilakukan Kementerian Luar. Saya akan minta mereka hubungi Yang Berhormat Kubang Kerian supaya dapat membantu menyelaras rakan-rakan Yang Berhormat sebelah sana untuk ke ground zero,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada Sesi Penerangan Menteri-Menteri Di Bawah Peraturan 14 (1)(I) Pada 16 Februari 2023 Berhubung Lawatan Ke Turkiye.

Terdahulu. Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) memberitahu Dewan Rakyat bahawa ahli-ahli Parlimen PN akan menyertai misi bantuan bermula 2 Mac ini ke Turkiye yang diketuai Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ahmad Tarmizi kemudian bertanyakan sama ada Wisma Putrajaya mempunyai satu unit koordinasi penyelaras memandangkan terdapat ramai sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu bergerak Turkiye bagi menghulurkan bantuan.

“Jika ada unit koordinasi, akan memudahkan pelancaran dan jadual misi kemanusian ke ground zero,” katanya.

Semalam Anwar berkongsi pengalamannya ketika menemui Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan bagi menzahirkan solidariti dan semangat persaudaraan rakyat Malaysia dengan rakyat Turkiye berikutan bencana yang melanda negara itu.

Perdana Menteri berkata, sewaktu pertemuan bersama Tayyip, beliau turut menyampaikan rasa simpati, empati dan ihsan warga Dewan Rakyat mengenai bencana yang berlaku di Turkiye. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya