Usah cetus spekulasi kes letupan kereta - Utusan Malaysia

Usah cetus spekulasi kes letupan kereta

Letupan
MOHD. IQBAL IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes letupan kereta melibatkan seorang penghantar barangan di Padang Jawa di sini, baru-baru ini. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, tindakan seumpama itu bukan saja menyalahi undang-undang malah memberi kesan terhadap proses siasatan.

“Kes berkenaan masih disiasat rapi dan secara menyeluruh oleh polis. Setakat ini, siasatan dijalankan dari setiap aspek dan kenyataan lanjut akan dikeluarkan sejurus lengkap kelak,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohammad Khairi di talian 012-2666025 atau balai polis berdekatan.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan sebuah kereta Perodua Myvi milik seorang penghantar barangan dan parcel ‘dibom’ dalam kejadian di hadapan rumahnya di Padang Jawa pada 17 Februari lalu.

Dalam kejadian pukul 3.50 pagi itu, bumbung kenderaan milik lelaki berusia 35 tahun tersebut didapati berlubang disyaki terkena bahan letupan.

Kejadian itu disedari isteri mangsa yang melihat percikan api di atas kereta  sebelum memaklumkan kepada mangsa yang berada di ruang tamu rumahnya. Seramai 10 saksi dirakam percakapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya