UMNO yakin RoS beri maklum balas lebih awal

UMNO yakin RoS beri maklum balas lebih awal

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : UMNO yakin parti itu akan menerima jawapan positif daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung usul jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti.

Presiden parti itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya telah memberi penjelasan kepada pertubuhan berkenaan dengan mematuhi semua peruntukan dalam perlembagaan parti dan peraturan Perhimpunan Agung UMNO (PAU), sebelum meluluskan usul tambahan berkenaan.

Malah, katanya lagi, beliau turut yakin RoS akan memberi jawapan kurang dari tempoh 60 hari sebagai maklum balas kepada UMNO.

“Saya yakin peraturan persidangan UMNO dan Perlembagaan UMNO telah diikuti sepenuhnya oleh pengerusi tetap, khususnya klausa 9.3 dan 9.4 dalam perlembagaan parti, yang telah dijelaskan kepada RoS.

“Oleh kerana PAU adalah badan tertinggi kepada UMNO, maka keputusan dibuat, termasuk menambah usul yang dibentangkan pencadang ucapan dasar, telah diteliti oleh RoS, kumpulan peguam kami dan setiausaha agung parti.

“Saya yakin sebelum tempoh 60 hari, UMNO akan perolehi jawapan yang positif daripada RoS,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Pada 31 Januari lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bersama tiga individu menemui Ketua Pengarah RoS, Mohd Nawardi Saad di Putrajaya bagi memberi penjelasan berhubung usul tambahan yang diluluskan di PAU 2022.

Terdahulu, RoS memberi tempoh 60 hari kepada UMNO untuk mengemukakan penjelasan dan butiran lanjut mengenai usul tambahan dua jawatan utama parti tidak dipertandingkan.

Ia berikutan terdapat aduan daripada dua ahli UMNO supaya semkana dibuat terhadap usul tambahan diluluskan semasa PAU 2022 pada 14 Januari berkait usul jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti Mac ini.

Malah, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini turut berkata, mana-mana ahli yang mempunyai kepentingan terhadap parti boleh merujuk kepada RoS sekiranya ingin mengetahui sama ada keputusan yang dibuat perwakilan sah atau tidak.- utusan

  

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN