Tunku Abdul Aziz meninggal dunia

Tunku Abdul Aziz meninggal dunia

TUNKU ABDUL AZIZ IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dilaporkan meninggal dunia pada hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh anak saudara beliau, Tengku Azman Tengku Zainal menerusi hantaran Instagram beliau hari ini.

“Alfatihah bapa saudara saya Tunku Abdul Aziz baru sahaja menghembuskan nafas terakhir,” tulis beliau.

Beliau yang berumur 89 tahun dikatakan menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara petang tadi.

Tunku Abdul Aziz selain banyak menulis dan bercakap mengenai isu rasuah dan integriti di dalam negeri dan peringkat antarabangsa, beliau merupakan pengasas Transparency International Malaysia.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya