TLHT mulakan MHL langkah kanan, tewaskan Mutiara Impian MSSPP-PSHA  - Utusan Malaysia

TLHT mulakan MHL langkah kanan, tewaskan Mutiara Impian MSSPP-PSHA 

NUR Syafiqah Mohd. Zain (dua, kanan) meraikan jaringan gol bersama rakan pasukan ketika bertemu Mutiara Impian MSSPP-PSHA dalam aksi Liga Hoki Malaysia (MHL) di Kuala Terengganu, Terengganu, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) memulakan Liga Hoki Malaysia (MHL) dengan langkah kanan setelah mengatasi Mutiara Impian MSSPP-PSHA dengan jaringan 4-0, sebentar tadi.

Beraksi di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Kuala Terengganu, TLHT tiada masalah berdepan lawan dari Pulau Pinang itu untuk mendominasi permainan.

Skuad kendalian Shahrun Nabil Abdullah mula mencemaskan kubu pelawat menerusi percubaan sudut penalti Nur Syafiqah Mohd. Zain yang diselamatkan pada minit ketujuh.

Pemain berpengalaman, Fazilla Sylvester Silin kemudian memecahkan kebuntuan pada minit ke-22 disusuli tolakan Nur Atira Mohamad Ismail, dua minit kemudian.

Nur Atira berpeluang menjaringkan gol kedua peribadi melalui gerakan solo pada minit ke-35 namun gerakannya dinafikan penjaga gol lawan, Nur Syaza Haziqah Hussin.

Usaha TLHT menambah jaringan berhasil apabila Fazilla menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-39 sekaligus menjadikan kedudukan 3-0 untuk tuan rumah.

Rentak TLHT bagaimanapun terjejas setelah ketua pasukan yang juga tonggak negara, Juliani Mohamad Din terpaksa dikeluarkan pada hujung suku ketiga akibat kecederaan di bahagian muka.

Bekas penyerang kebangsaan, Nur Syafiqah Mohd. Zain melengkapkan kemenangan TLHT juga menerusi gerakan sudut penalti pada minit ke-47 dan kedudukan 4-0 kekal sehingga tamat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya