SPRM siasat projek IT bernilai RM1.2 bilion

SPRM siasat projek IT bernilai RM1.2 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasu­ah Malaysia (SPRM) terhadap seorang bekas perdana menteri dan menantunya kini tertumpu kepada perolehan projek teknologi maklumat (IT) bernilai RM1.2 bilion di sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, siasatan itu dimulakan sejak awal tahun ini dan penelitian sedang dilakukan pasukan siasatan SPRM.

Kata sumber, siasatan SPRM terarah kepada pelaksa­naan projek yang dibangunkan sama ada disiapkan mengikut jadual dalam kontrak atau tidak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, sumber berkata, penelitian juga akan menumpukan sama ada pelaksanaan projek itu mengikut setiap spesifikasi di dalam kontrak.

“Status pelaksanaan projek membabitkan sistem di agensi kerajaan itu juga akan diteliti sama ada ia telah selesai dilaksanakan atau tidak,” katanya di sini semalam.

Mengulas lanjut, kata sumber itu, SPRM masih lagi di dalam peringkat kajian setiap dokumen diperoleh daripada pihak-pihak berkaitan untuk diteliti.

“SPRM masih berada di pering­kat awal untuk mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan untuk dapatkan maklumat lanjut dan dokumen yang relevan. Selepas itu, baru akan diputuskan sama ada keterangan mana-mana individu berkaitan diambil atau tidak.

“Setakat ini, keterangan bekas perdana menteri dan menantunya belum diambil SPRM lagi,” jelasnya.

Terdahulu, satu portal me­me­tik sumber melaporkan, sa­tu siasatan disyaki dijalankan SPRM terhadap seorang bekas perdana menteri dan menantu­nya berhu­bung kontrak kerajaan.

Siasatan itu tertumpu kepada kemungkinan salah guna kuasa berlaku dalam pemberian kontrak bagi projek Sistem Imigre­sen Bersepadu Nasional (NIISe).

Lapor portal itu, terdapat maklumat menyatakan NIISe, sebuah projek sedang dibangun­kan bagi menggantikan meka­nisme pendaftaran pekerja asing sedia ada oleh Jabatan I­migresen menjelang 2025 adalah projek berma­salah.

Semakan ke laman web ja­ba­tan itu menunjukkan ‘Pasukan Projek Khas NIISe’ dipertanggungjawabkan kepada se­orang pegawai tadbir dan di­plomatik.

Pada Isnin lalu, sebuah akhbar tempatan, melaporkan Ke­tua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, NIISe akan diperkenalkan dalam masa dua tahun dengan semua urusan berkaitan imigresen, termasuk yang kini diuruskan pihak luar seperti MyEG, kembali kepada jabatan itu.

Beliau berkata, sistem baharu itu kini sedang dibangunkan oleh Iris Corporation Bhd.. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini