PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan ke atas beberapa dakwaan penyelewengan yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM157 juta di UiTM Holdings. Mengesahkan perkara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, siasatan itu memberi fokus kepada beberapa isu khususnya melibatkan dana dan beberapa pelaburan yang dibuat UiTM Holdings sehingga melibatkan kerugian jutaan ringgit. Kata beliau, tumpuan dan fokus siasatan berkenaan terhadap kes-kes yang disyaki melibatkan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. “Isu kerugian RM157 juta terlalu umum dan SPRM akan memperincikan setiap isu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya