15,807 calon peperiksaan SVM bakal ketahui keputusan esok

15,807 calon peperiksaan SVM bakal ketahui keputusan esok

TVET
PELAJAR Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad melakukan demonstrasi figura (drone) sempena Hari TVET Negara 2024 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat, di Kuala Langat, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 15,897 calon bakal mengetahui keputusan peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 4 Sesi 2/2024 (Kohort 2023) yang akan diumumkan pada esok.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, para calon yang telah menduduki peperiksaan di 86 buah kolej vokasional di seluruh negara boleh mendapatkan keputusan masing-masing mulai pukul 10 pagi di kolej vokasional tempat mereka belajar.

Selain itu, katanya, calon boleh menyemak keputusan secara dalam talian melalui laman sesawang myresultsvm.moe.gov.my bermula pukul 10 pagi esok sehingga 6 petang, 13 Julai 2025 (Ahad).

“KPM merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua calon yang terlibat serta berharap kejayaan yang diraih mampu menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dalam bidang kemahiran.

“Ia seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara menerusi laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang progresif serta berdaya saing,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN